Perkembangan pendidikan di seluruh Negara telah membawa beberapa perubahan di daerah Dungun.Pertambahan penduduk di pinggir dan luar bandar telah membawa satu perubahan baru dan kerajaan terpaksa mendirikan sekolah-sekolah menegah bagi menampung dan mengurangkan kapasiti sekolah-sekolah yang terdapat di bandar. Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai , Dungun adalah salah sebuah sekolah yang memenuhi keperluan tersebut.
Sekolah ini telah dibuka pada 1 januari 1984, ianya terletak di Kampung Pelandang,Pulau Serai, Dungun kira-kira 10 kilometer dari Bandar Dungun dan 400 meter daripada jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan.Sejarah nama asal sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Abang tetapi ditukar kepada nama Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai lewat tahun 1986 atas desakan penduduk tempatan dan persetujuan pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Keluasan kawasan sekolah kira-kira 19.25 ekar merangkumi Padang Bola, Bilik Darjah, Makmal Sains,Bilik ERT, Pejabat Pentadbiran dan Bilik Guru. Pada tahun 2008, menerusi peruntukan RMK9,SMK Pulau Serai telah dibangunkan dengan dua buah bagunan tambahan, dewan dan kantin.
SMK Pulau Serai dikelaskan sebagai sekolah pinggir bandar dan Gred A.Kod bagi SMK Pulau Serai ialah TEA 1031. En Mukhtar@Mokhtar bin Mohd ialah pengetua pertama yang bertugas di sekolah ini dengan bilangan guru seramai 26 orang sahaja. Bilangan pelajar pula seramai 541 yang terdiri daripada anak-anak tempatan berdekatan sekitar Kg. Pulau Serai,Kg Tok Kah,Kg Batu Tiong,Kg Kuala Abang, Kg. Baru Kuala Abang, Kg Rantau Abang dan Kg Seberang Pintasan.
FALSAFAH SEKOLAH
Semua Pelajar Dianugerahkan Keupayaan Tersendiri Dan Sekolah Bertanggungjawab Membangun Potensi Mengikut Keupayaan Dan Minat Pelajar Bagi Mewujudkan Modal Insan Selaras Dengan Wawasan Pendidikan Dengan IzinNya.
MISI
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti
VISI
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
No comments:
Post a Comment